Bulat kata ayah – kejamkah aku?

Arghhh dua-tiga menjak ni..
blog aku, entri aku asikla bercerita hal yg same..
pasal kedai..
dah macam drama bersiri..

Ni aku nak cite lg pasal sepupu aku tuh..

Ayah dah cakap kat aku
dia tak nak Am tido kedai lg..
dia suruh aku potong terus gaji Am..
aku ikut..

Malam kelmarin..
Ibu (mak tiri aku aka mak sedara si Am) mesej bitau yg Am buat sementara duk kedai lg
pasal dia takde umah lg..
and dia mintak aku bayarkan gaji
sebab Am nak makanpun takde duit..

Akupun bitau abg supaya jgn sendal pintu belakang.
tapi abg lak cam nak mengamuk..
bising2..
katanya klu tak disendal pintu belakang nanti orang masuk kedai..

Akupun malas nak gado..
aku call ayah..
ayah cakap sendal terus..
biar dia tido luar..

Pagi jumaat tu aku terus kira balik komisen & gaji Am tuk 4 hari..
adela dalam RM100++
tapi pagi tu Am tak balik kedai..

Then ayah tepon..
lepas bitau suh aku submit PO..
dia pesan lak..

“ape2 masalah am, jgn layan. Kalau dia nak ape2 suh dia contact ayah.”

“semalam ibu suh bayar gaji am..”

“takde…! potong terus.. dah banyak benda jadi pasal dia..”
aku terkedu.

“sepatutnya ape2 hal dia hubungi kamu, bukan pakai orang tengah”
aku diam.

Mmg Am kalau perlukan ape2..
dia tak datang jumpa aku.
Dia akan suruh kawan dia takpun dia suh ibu.
Akupun tak tahu kenapa..
Dia takut ngan aku ke?
Aku tak penah marah2 dia..

Tak lame pastu..
aku terima lak mesej dari ibu..
bunyi cam marahla..
“kan ibu dah cakap semalam, sementara ni Am tido kedai lg. Kenapa tak bagi dia masuk? Kecianla sikit kat orang len..”
again aku terkedu.
Eh ape ni??
Ayah ngan ibu sendiri tak sependapat..
sorang cakap jangan. sorang kata bagi..
Aku nak ikut kata sape sebenarnye ni???

Dalam hal ni, ayah nampak begitu berkeras kalini.
Mungkin sebab dah banyak kali lebey kurang.
Dari pekerja2 sebelum nipun..
ayah selalu lebey kurang, sampai akupn geram.
Yelah patut keje masuk kul 9
tp kul 11-12 baru bukak kedai.
tp ayah kata takpe.. sebab petang budak tu akan ganti balik..
Patutnye mane boleh camtukan?
kenala disiplin dan tepati masa.

Ibu plak.. banyak berlembut dgn Am..
yela… anak sedara diakan..
siapa lagi nak backup klu bukan dia..

aku juz harap benda ni tak buat kami sekeluarga porak peranda..
jangan pasal Am sorang, ibu & ayah plak tak bertegur sapa.

Aku ni dah macam kat tengah2..
kesian pun ade, sakit atipun ader..
bile ikut cakap ayah..
macam kejam plak aku..
tak bagi budak tu tempat tido..
tak bagi budak tu gaji tuk makan..
pening tul..

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: kesah kedaiku :.. Bookmark the permalink.

4 Responses to Bulat kata ayah – kejamkah aku?

  1. rynas says:

    cian kat Yan tersepit di tengah-tengah. mmg pun hal keluarga ni boleh buat gaduh-gaduhkan. harap2 semuanya kembali setle lah…

  2. kakyong says:

    Yan,\apa2 pun kalo ibu marah2 lagi..cakap jer lah, Yan kena taat cakap ayah.. then ibu pun silalah slow talk dgn ayah.. jgn sesuka jer bagi arahan… hehehee…better cari jalan supaya tak disalahertikan..

  3. MAMASYAZA says:

    ikut cakap ayah..ckp kat ibu.."SAYA YANG MENURUT PERINTAH AYAH"…apa2pun soh ibu ckp seniri ngan ayah..senang citer…kejam ke akak kasi nasihat cam ni..???

  4. Yan says:

    rynas – hope camtu jugakkakyong – yan dah cakap dah kat ibu.. 'klu boleh ibu bincangla elok2 dgn ayah, susahla camni.. sorang cakap lain.. sorang lagi cakap lain.."kaksu – hahaha akak pulak yg kejam eh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s