Tips memberi nama anak yang baik

Semalam aku post pasal pilihan nama2 anak.
Harini nak cerita pasal tips memberi nama anak plak

1. Beri nama yg ertinya baik
– Nama adalah doa, jadi jangan berikan nama anak dengan makna yg buruk/ tidak elok. Jangan suka-suka je bagi name, takut dah besar nanti dia protes dengan nama dia sendiri, tak suka dsbnya pastu sanggup naik mahkamah angkat sumpah tuk tukar nama saje. Teringat ade sorang artis glemer yg tukar nama asalnya kepada nama lain.

2. Nama yang indah dan mudah diucapkan.
– Biarlah nama anak kita tu bile didengar orang, orang suka dan membayangkan benda2 yg baik atau positif tentang anak kita.

3. Tahu jatidiri anak.
– Namapun janganlah sampai mengelirukan orang. Bila sebut nama, orang dah tau dia lelaki atau perempuan. Elakkan beri nama Dian untuk bayi lelaki ataupun Dani tuk bayi perempuan. Cth macam nama Fairuz/Farhan. Lelakipun pakai name tu, perempuan pun pakai nama tu. kan ke konfius tu…

4. Jangan terlalu panjang atau susah nak eja.
– Zaman sekarang ni ibubapa gemar berikan nama anak yang panjang2. Nak tulis nama dalam borangpun tak muat. Nametag sekolah terpaksa diletak nama yg pendek. Kalau boleh janganla terlalu panjang. Paling panjangpun cukupla 10 sukukata (Nur Anesya Qistina – baru 7 sukukata). Nak amik exam sok.. makan masa nak tulis nama jek. (Sama macam kes abg, menangis2 tulis name, marah kat MIL kononnnya name dia panjang sangat padahal Hairul Nizal je)

5. Nama yang jarang dimiliki orang dan bukan yang terlalu glemer.
– Hindari nama yang dah bersepah kat market dan juga nama orang2 glemer cam Siti Nurhaliza ke Anita Sarawak ke Asmawi Ani ke. Takut kalau terjadi apa2 kat artis atau orang terkenal tu, kesannya mungkin terpalit kat anak kita juga.. Contoh artis amik dadah ke.. (aku penah daftarkan simcard baru tuk sorang budak nama dia Erra Fazira hehehe)




Kredit tuk penulis artikel ni. Ekceli artikel ni asalnya dalam bahasa Indonesia, tapi aku dah tukar ikut bahasa kita orang Mesia.. Tak baik plak amik hasil karya orang tanpa beri kreditkan.

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: info :.. Bookmark the permalink.

3 Responses to Tips memberi nama anak yang baik

  1. Queen says:

    saya belum pape dah cari nama anak yang sesuai….dah terbayang kalau anak perempuan Dzahra….atau Dzulaikha…owh..sila abaikan D kat depan tu..tu sebab bapaknya ketegaq…

  2. MAMASYAZA says:

    yup betul tu, jangan pepanjang sgt…kang nanti bila nak exam jenoh menanda

  3. Diamilikku says:

    ada kawan saya siap kena buat kad akuan nama berasingan selain IC..sebabnya kat IC tak muat nak letak keseluruhan nama dia plus binti….so letak nama pendek je kat IC…kan ke menyusahkan dah..nak kena bawak dua kad sentiasa……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s