Sawan Tangis aka colic aka Kembong bayi


20 Peratus bayi baru lahir alami sawan tangis

Colic atau tangisan yg lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak. 
Pertama kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung tidak mahu. Kerap kali apa yg diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’.
Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa dikalangan bayi. Terbayang diminda, esak tangis anak yg perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibubapa.
Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang2nya tiga hari dlm seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi 2 hingga 3 jam. Apa sebenarnye colic? Benarkah ia perkara biasa dikalangan bayi?
Pakar Kanak2 Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yg lebih menggusarkan ibubapa selain bayi yg baru lahir menangis tidak henti2 walaupun hakikatnya bayi akan menangis.

Aku copy dari artikel kat web ni..
tapi bukan semuala.. nak baca entri penuh boleh baca kat sana.

Memandangkan aku tinggal sebulan lg nak melahirkan..
jadi entri2 semenjak 2 menjak ni mmg cite hal baby dan kelahiran ajela.. hehehe..

Bercerita pasal colic atau kembong ni..
Qis dulu mmg aku boleh kata kategori teruk jugakla kembong dia..
pasal tak menyusu badankan..
klu menyusu botol..
ade yg terkejut bile tengok qis menyusu sekurang2nye 2 botol untuk sekali susuan.

Dia mmg kerap menangis
menangis sambil ‘terik’ perot..
‘terik’ ni ikut loghat nenek akula org tganu..
tak silap aku maksud dia lebey kuwang cam kite kembongkan perot..
jadi bile dia ‘terik’
pusat dia terjojol..
mmg tak cantekla dan kesian juga tengok qis..
pasal pusat dia terjojolkn..
nenek aku cakap takpe..
nanti bile da pandai meniarap.. pusatnye masuk balikla..
tp sebenrnye klu ikutkan smpai skangpun still terjojol cuma dah kurang..
kadang malu juga nak biarkan qis berlengging sebab pusatnye tu..
penah terdetik jugak takut pusat terjojol tu kesan pada penyakit2 len..
tp so far aku tengok qis sehat, jarang sakit demam.
walaupun bertubuh kecil tp dia kanak2 yg bijak & mudah diajar.

Masa baby dulu..
asal maghrib je nangis..
risau jugak..
lepas nangis2… tido..
sampai la ke pagi..
tak susah sangat nak jaga dia waktu malam..
pasal dia tido..
dia merengek mintak susu.. menyusupun pejam mata..
pastu sambung tido..
Ade satu nenek kat kg tu cakap Qis kene sawan tangis..
aku mase tu cam menyampah jugak dengar..
asik2 kata anak aku sawan..
pasal mase tu aku tak tau sawan tangis tu ape..
aku ingat bile sebut ‘sawan’ penyakit keturunanla tuh..
dalam hati beriya2 nafikan keturunan aku takde ‘sawan’
rupenye sawan tangis ni normal tuk budak2 baru lahir huhuu..

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: info :.. Bookmark the permalink.

4 Responses to Sawan Tangis aka colic aka Kembong bayi

  1. MAMASYAZA says:

    selalunya budak2 kecik camtu la, asal maghrib aja nangis, anak akak si Ami tu, jenis berjaya mlm. asal tpt 12 mlm aja, mata celik luas, main sampai pukul 6 pagi…lagi sakit kepala dibuatnya

  2. rynas says:

    anak saya dua-dua suka nangis malam sampailah habis pantang. mmg pening kepala sebab kena berjaga sampai ke pagi. tapi lepas habis pantang elok jer diam…

  3. CuTeMiUt78 says:

    eemmm masa mirul dulu akak amalkan sapu minyak yuyi tu… syukur la.. tak alami kempbong perut.. even smpi sekarang pun still guna tuk mirul…bab sawan tangis tu… biasa la baby kan.. klu ikut pengalaman org tua2 macam2…

  4. kakyong says:

    samalah anak2 kakyong.. lepas sapu minyak telon, terapkan dia kejap.. ok dah..cuma anis jer.. kalo dia nangis.. memang boleh terkejut… kuat kan main… hahahaaa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s