Menopaus di usia muda ( sebelum 30 tahun) apa puncanya?

Semalam dalam duk surfing2..
aku terjumpa topik dalam satu forum
pasal menopaus.
Ada satu kesah benar dimana seorang kawan ni menopaus sewaktu usianya masih muda, 28 tahun.
Mujur sudah berkahwin dan sudah melahirkan seorang anak.
Dia risau kerana tidak dtg haid lebih 6 bulan.
Dan akhirnya mendapat pengesahan dari  3 orang doktor pakar sakit puan (salah sorangnya Dr Hamidarshat klu korang kenalla), yang dia sebenarnya sudahpn menopaus.
Pasti hancur luluh hati.

Apakah itu MENOPAUS?
Menopaus adalah haid yang terakhir dialami oleh seseorang wanita disebabkan oleh kehilangan fungsi kelenjar ovari dan seringkali berlaku secara semulajadi. Menopaus juga boleh berlaku akibat pembedahan mengeluarkan kedua-dua kelenjar ovari ataupun akibat rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi.


Menopaus biasanya berlaku pada lingkungan umur 50 hingga 55 tahun.  Tetapi secara umumnya, hormon estrogen wanita akan menurun sedikit demi sedikit selepas usia 35 tahun

Selain dari sebab musabab diatas, ada sumber yg mengatakan menopaus awal adalah berpunca dari penggunaan ‘manjakani’.
Aku tahu nipun dari hasil pembacaan dan juga nasihat salah seorang penjual jamu online yg aku kira agak terkenal juga.
Waktu tu aku masih dalam berpantang selepas lahirkan Qis.
Luka yg aku alami lambat kering dan lepas sebulanpun masih terasa sakit.
Ada kawan2 yg syorkan aku sapu/mkn manjakani.
Tapi bila aku refer dgn akak jual jamu tu, dia sekeras2nya melarang, katanya Manjakani akan mempercepatkan menopaus.
Dan aku perhatikan ubat2an yg dia jualpn mmg takde yg berunsurkan manjakani.
Tapi pelikkan, kat pasaran negara kita produk kesihatan utk wanita khususnya banyak menggunakan ‘manjakani’ sebagai salah satu ekstrak dalam ubat2an mereka.
Aku ada dengar juga satu kes, sorang makcik ni menopaus akibat pengambilan ubat2 kurus, ubat2 kecantikan tanpa nasihat dari doktor.
Then bila doktor sarankan dia untuk stop makan ubat2 tu.. Alhamdulillah lepas 2 bulan, haid dia datang balik.

Ada pendapat lain yg aku dengar, pempuan kalau lagi banyak dia beranak, lagi lambat dia menopaus.
Sebab time peknen kita selalu ‘cuti’ dari haid, so kite dah savekn telur2 yg dah sememangnya di fixedkn sejak lahir.
Sejauh mana kebenarannya, akupn tak pasti walaupun kata2 diatas dikeluarkan oleh seorang yg bergelar doktor.

Sebagai antara langkah pencegahan kita digalakkan makan keledek, tomato dan bawang putih.
Kalau boleh minuman2 yg ada ekstrak kacip fatimah, tongkat ali dan yg sewaktu dengannya tu dikurangkan sebab ianya tak sesuai tuk wanita especially yg ada masalah dalaman.

p/s : bermakna aku dah tak boleh minum ‘pearl kacip fatimah’ la lepas ni….. uwaaaaa faveret tu..

Ada info lain yg mahu ditambah? bole tinggalkan kat kotak komen yer.

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: info :.. Bookmark the permalink.

5 Responses to Menopaus di usia muda ( sebelum 30 tahun) apa puncanya?

  1. Diamilikku says:

    uishhh feveret jugak pearl kacip fatimah….guane nih..nak kena tinggal lah jawabnya…huhuhu

  2. atty's says:

    kty lak mmg tak leh minum kacip fatimah tu ..kalo minum nanti penin ..

  3. Lelord says:

    adehhhh….camno nie…pasni nak minum pe lak…air kacip kak timah xleh minummmmm

  4. kakyong says:

    boleh minum air yg ade ektraks kacip fatimah, tp 1 cawan 1 hari cukup lah.. jgn berlebih2..manjakani ni kakyong tak pernah makan.. even mak soh beli, rebus, tp x penah buat.. x tau pulak ia boleh akibatkan monopous… siankan, muda lagi dah monopaus.. tp rasanya boleh jaga pemakanan.. x ingat lah produk apa tah, ade makcik ni (umur dah 50++) dia makan, selepas 1-2 bulan haid dtg semula…

  5. Mak Su says:

    maaf yan, hari ni baru dapat berkunjung ke sini :(keledek, tomato bawang putih? oo…. alamak, saya pun suka gaks pearl tu… bersinar2 jer😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s