tak korek telinga ke?

Biasekan orang2 kite menyound ayat seperti diatas bila orang tu tak dengar atau tak peka ngan ape yg dicakapkan.

DAH BERAPA TAHUN KO TAK KOREK TELINGER??

Tahukah anda, yang kita tidak digalakkan mengorek telinga terlalu kerap?

Ni artikel aku baca dari website PERMATAHATI

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?
Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.
Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran?
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu.
“Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda,” katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini.
Dr Aminuddin berkata, korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga. Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga.
Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran.
“Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang.
“Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga”, katanya.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga.
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan
sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. “Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga,” katanya.
Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung.
“Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakan sejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. “Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga akan terkeluar dengan sendiri,” katanya.

Bahayakan?
Terus terang cakap aku mmg tak tahu menahu hal ni..
tapi kalau ikutkan aku mmg jarang korek telinger qis..
agak2 dah kelihatan taik telinger dia baru aku korek..
untuk baby baru ni pun aku tak beli ‘cotton bud’ utknyer..
telinger aku sendiri.. agak2 dah rimas sangat baru aku p korek hahaha
taik tinger plak jenis cair.. : P

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: info :.. Bookmark the permalink.

10 Responses to tak korek telinga ke?

  1. Mak Su says:

    maksu mmg jrg korek tinga sejak tahu ttg ni….

  2. Queen says:

    saya hari2 mesti korek telinga…bukan dalam2..tapi kat luar2..satu sebab geli..dua sebab gatal..jadi lagi gatal lagi sedap korek2….lagi pulak sejak kecik jneis thi telinga keras macam batu..memang tak boleh terkeluar sendiri.. sejak ne operate semata2 nak keluarkan tah telinga..terpaksa pakai sejenis ear drop utk cairkan tahi telinga…saya akan pastikan telinga saya dibersihkan setiap hari selepas mandi…tak tau plak tak elok..huhu

  3. White Girl says:

    Baru saya tahu sekarang =.="

  4. Yan says:

    maksu.. ermm maksu dah tau lamela eh.. yan baru tau..Queen.. baru wat entri ni semalam.. pg tadi dah korek.. sebab rimas berair2 dlm tinger..white girl.. hai… festime here?? welcome! ermm samela kitepun baru tau

  5. tahi telinga cair?.. emm tu maksudnye teling akamu mengalami cirit birit…. muwakakakakaka

  6. MAMASYAZA says:

    akak memang dah lama pun tak korek telinga bebudak tu, semenjak sikecik dulu penah kena jangkitan telinga akibat sesema yg lama, doc. tak kasi akak korek, biarkan taik telinga tu kluar sendiri

  7. Yan says:

    kak su.. klu taik tinger keras.. mungkinla kot boleh kuar sendiri.. kllu taik tinger cair cane kak?? biar dia meleleh ke.. hehehhe

  8. ct rahani says:

    dah penah baca pasal nih lama dulu.. so mmg sy x praktiskn pd aidil.. klu dh nmpk terkeluar taik telinga dia tu br la bersihkan.. tp telinga sy plak x boleh klu x dikorek.. selang dua 3 ari sekali msti nk kne korek.. klu x rasa x selesa.. telinga cam berdengung gitu.. nape ntah.. tabiat la tuh.. hehe..

  9. kakyong says:

    kakyong pun jenis tahi telinga cair.. so at least sebulan sekali, bila dah terasa mcm terganggu.. kais2 sikit putikkapas dah kuor… gitu juga anak2.. kalo dah nampak keluor tu.. just bersihkan tarik kuor jer… xde lah korek sampai dlm2… tp ade baca kat blog azzamoro.. kesah dia g klinik swasta utk cuci telinga…

  10. CuTeMiUt78 says:

    eemmm ada gak terbaca… sama la ngan akak.. klu nampak je kat telinga mirul baru akak korek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s