Tudung Ekspres

Ni bukan nak cerita pasal bisnes baru aku ke ape eh..
Tudung Ekspres ni sebenarnye drama siri terbaru kat ASTRO..

Aku tak tau skang da masuk episod ke berapa
baru semalam aku tengok..
mmg dari awal2 tunjuk gazet aku dah tertarik hati nak tengok
tp asik terlupa jek waktu siaran dia biler..
aku ni skang main tengok ape yg disajikan je
dah takleh nak ingat dah..
cerita ni cerita tu kul bape.. ari ape..

Menarik juger cerita ni
Meh baca sinopsis

Ia tentang empat perempuan yang berbeza watak, status, taraf pendidikan, kerjaya dan usia. Setiap hari, mereka bertemu di stesyen komuter KTM Sentul, di pinggir bandar Kuala Lumpur. Tempoh menunggu selama 15 minit dan perjalanan ke Stesyen KL Sentral selama 10 minit, cukup untuk menjalinkan persahabatan.
Mereka bukan sahaja berkongsi pengangkutan awam yang sama selama beberapa tahun. Malah turut berkongsi pelbagai cerita. Dari kehidupan peribadi dan kerjaya sehingga lah kepada isu politik, sains, agama, sosial dan ekonomi. Biarpun bertudung, mereka tidak berfikiran mundur atau konservatif. Sebaliknya, maju dan progresif dalam menangani arus kehidupan moden di bandar. Pada masa yang sama, masih mengekalkan nilai-nilai tradisi dan berpegang kepada ajaran agama yang sebenar.

Aku ske dengan watak Lisa Surihani, comel sangat. Pakai tudungpun cute. Watak dia pun kelakar, kelakar tp cute. Julia Ziegler digambarkan seorang yg sudah berkahwin & punya anak.. berperawakan agak menggelabah, tu yg pakai tudungpun selekeh skit.. Linda Hashim pakai tudungpun smart. Sorang lg tu aku tak kenal. Rupanya org cina. Dalam cerita ni dia baru belajar2 nak masuk islam & pakai tudung kot.

Sesuai ditonton untuk seisi famili.

About ummiabbiqisadhwa

aku.. ummi kepada sepasang cahayamata qis & adhwa. Berangan nak duduk rumah tapi belum cukup kaya untuk itu.
This entry was posted in .: Hiburan dan Drama :.. Bookmark the permalink.

6 Responses to Tudung Ekspres

  1. zyra berkata:

    sy pernah tgk diorg shooting kt komuter tuh… giler aah!! org tgh sesak2, dorg nk space tuk dorg shoot… biler ader org turun tren belah sini ke belah sana kt tmpt dorg shooting, dh sibuk nk halau2 org lak..

  2. MAMASYAZA berkata:

    akak pun penah tengok gak citer ni, tapi tak berpeluang nak ikut siri citer tu, berebut ngan bebudak bertigas tu nak tgk cartoon

  3. rynas berkata:

    cuba untuk mengikuti siri ni tapi tak penah sempat pun..

  4. ::AnEp:: berkata:

    tp tudung ni mcm indon ar..

  5. mmg comei sungguh si lisa pakai tudung..tp lom smpat lagi tgk citer nih..klu kat umah si Zara dh konker tv nak tgk kartun..=p

  6. Yan berkata:

    zyra.. la yeke.. dia shoot tengah org ramai ke?kak su & zara. terpaksa memenuhi kehendak anakla kan.. hehe.. mujur qis ni tak giler sgt katun kat tv.. sbb kejenye tgk ulang.. upin ipin & jumbo anak gajah & backom kt komputerrynas.. tula.. keterbatasan waktu ke kelupaan?anep.. biase tgk indon pakai tudung camni ke?? ermm rasenye tak kot.. cube tgk betul.. indon punye tudung lain skit.. complicated

Tinggalkan komen